Saturday, April 24, 2010

entah

korang nak cakap pe?
aku terlalu kejam?
ye..memang aku lebih teruk dari firaun atau hitler..
tapi aku adalah aku..
aku perlu memandang masa hadapan yang perlu aku tempuh..
bukan selamanya aku berumur 21 tahun..

semakin lama bersama..semakin banyak yang tercoret..
tapi penghujung..selalu terbayang dalam minda..
sakit kalau disimpan semakin lama semakin bernanah..
dan akan meninggalkan parut yang sukar untuk menghilang..
aku tidak mahu seperti itu..
aku tidak mahu meninggalkan parut..
kerna aku tahu parut itu hodoh..
memerlukan penawar untuk menghilangkannya..

aku tak mengerti...
semua serba tak kena..
semakin panjang masa..semakin aku mengerti..
aku hanya ingin insan seperti kau..
tapi tidak pernah aku ketemu itu..
sering terngiang...apa yang kita paling damba, itu lah yang paling kita tidak akan kecapi..
tapi aku tidak percaya dengan kosa kata itu..
kerna aku tahu Allah Maha Pemurah..
keajaiban itu wujud tapi perlu tunggu untuk masa menentukannya..

aku bermohon padaMu Ya Allah..
hanya Kau yang mengerti apa yang aku inginkan..

coretan si buta yang mencari kau..[mr.coulgate]

Thursday, April 8, 2010

perasaan kosong

ko nk kata ape??
dah memang aku takde perasaan.ko cakap ape2 pun memang takde efek pn kat aku.
sebab orang yang aku anggap istimewa pn cakap aku xde perasaan.

ko nak tau apa yang aku rase?TAK PAYAH!!
sebab pe yang aku rasa korang takkan pernah paham..
sebab aku jek rase semua tu..
ko xpayah cakap pn aku dh tau sume tu..
trime kasih la ye..

tapi aku tak kisah..
korang nak cakap aku xde perasaan ke, xde jiwa ke, xberhati perut ke...
lantak korang la..
sebab aku tau ape yang aku tahu..
sebab aku rase ape aku rase..
kalau aku cakap pn ko takkan percaya..
sebab ko dah cop kat dahi aku nih..
"MANUSIA TANPA PERASAAN"...

apa aku rasa?
sayang, rindu, cinta, benci, suka, gembira, sedih, cemburu, sakit hati....
itu yang aku rasa!!
tapi pada kau?
aku "MANUSIA TANPA PERASAAN"

aku hanya percaya pada hati
walaupun aku tak mampu untuk baca, tapi aku mampu untuk rasa...
tak kira apa jadi kat fizikal aku..
tak kira la berapa lama hari makan diri aku..
selagi tak sentuh pada hati aku..
takkan dapat ubah segala...
sebab hanya kau yang pernah jejak pada hati aku..

Tuesday, April 6, 2010

permai yang bersuri

semua punya musabab...
ia tak berlaku kerna akan tiba masanya nanti..
nanti yang entah bila akan menjelma..

senyum...
kaki lima itu masih mendetikkan lagi setiap langkah..
langkah yang pernah membawa diri ini ke sebuah alam penuh dengan realiti..
realiti yang mengajar hati ini tentang sayang dan cinta..

percikan...
masih telus si roma ini merasakan setiap renjisan yang pernah kau lemparkan..
renjisan yang memulakan setiap bicara yang indah..
jika terdaya diri ini, ingin aku olah setiap titisan..

bayang...
suatu metafora yang telah menarik aku masuk ke dalam lindungannya..
dalam yang aku sangka gelap, namun terang dengan silauan hitam..
hitam yang telah selamanya bertapak..

helaian...
terlukis gambaran warna..
yang teresak-esak meniti jambatan silam..
hanya kerna si detik perlu mara ke hadapan..
jika tidak, akan aku temu kembali penghujung tali yang telah aku putuskan..
ikat di kaki si bayu yang tak pernah lelah membawa kau terbang..

namun...
sang kebodohan berdewa di dalam jiwa..
tidak memikirkan si mata, si jiwa, si hati yang telah mengores lukisan indah di bibir pantai..

berilah seribu dewi..
berilah seribu permaisuri kayangan..
berilah seribu bidadari..
berilah seribu cinta sekalipun..
hanya engkau, PERMAI yang berSURI dalam naluri hati...

jika diizinkan aku untuk memilih teman di syurga..tidak akan aku pilih si bidadari..
hanya engkau menjadi pilihan...

semoga Tuhan membenarkan aku untuk menggantikan titis air matamu dengan benih cinta..
akan aku semai menjadi pohon yang akan merendangimu sepanjang hayatmu...amin..

coretan jiwa kebodohan

mata

air mata..
terkadang kau mengalir tanpa dambaan si kelopak..
setitis ia jatuh ke muka bumi, membawa segerombolan perngertian yang aku sendiri kadang tidak mengerti...

air mata..
mampu mencoret pelbagai ragam bahasa..
mampu mencarit dinding hati yang walau sekeras berlian..
senantiasa dirakam dek memori walau ia hitam..

air mata..
akan aku litupi bila genangan kau tiba..
tidak akan ku izinkan kau mengalir walau setitis..

coretan hitam si kenangan

Monday, April 5, 2010

bermusim

hanya mampu menatap..
kerna mata tak punya tangan untuk menggapai..
terkapai-kapai si mata inginkan menyentuh yang di penghujung penglihatan..

namun..
si ilusi lebih kuat untuk memperdaya sang mata..
sehinggalah si mata tak terdaya untuk mengelamun..keletihan..

memori..
si tua sering bermadah "jangan pandang belakang,kerna yang belakang akan menggores yang hadapan"..
permadahan itu semua aku palangkan..
kerna,
si belakang juga berhak untuk memberi telunjuk agar si hadapan berjalan tidak seperti si ketam..
kerna,
yang belakang tidak senantiasa pahit..yang pahit akan aku kunyah hingga lumat..
yang belakang ada yang indah..

coretan si dahulu kala..
hanya mampu menulis..tidak mampu berkata-kata..
ada yang berkata "tulis surat?macam budak kecik jek"
tapi mereka tidak sedar, dari kecil lah datang nya yang besar..
kerna..pada suatu masa kau akan menatap kembali tulisan buruk kau itu kerna itu semua indah bila kenang kembali.......

hasil taip-an mr.coulgate

Monday, January 18, 2010

seketika

semua untuk kamu..
kenapa mesti tiada kepercayaan??
kau...aku percaya..
aku...kau harus percaya
walau si bidadari aku bersama, tapi aku tetap untuk kamu...
aku buruk untuk kau..
aku salah untuk kau..
kau tidak percaya akan yang tercoret di hati aku..
kerna kau tidak telus..
kau hanya memandang kejahatan ku..
kau tidak melihat niatku...

kau..kau..kau..
berilah segerombolan pari-pari sekalipun,
hati aku hanya pada kau...my everything

coretan mengisi masa lampau..

Sunday, January 17, 2010

satu

hari kedua di minggu yang ketiga tahun 2010.
walau pn sudah lebih 500 jam memulakan tahun 2010 ini,
namun tidak aku jumpa apa yang dicari..

ada saja yang tak kena.itu ini...

mungkin kita hanya perlu sebagai kawan.tidak lebih dari itu..
kerna aku xdpt rasa bahang dr kau..tapi kau sering menyatakannya..
kata boleh di kota,tp hati tiada bibir untuk berbicara..

adakah semua manusia begitu??
mudah berkata dan lupa apa yang diucap bila semuanya sudah lengkap..
dulu perlu bagai kucing hilang anak..bergenang semuanya..
tapi skrg, dah gembira lupa segala..
mungkin pentas kau terlalu besar untuk dilakon..
tp...terima kasih kerna aku sempat mencoret seribu nota sepanjang perkenalan dengan kau..

lihat dengar